Apakah yang dimaksudkan dengan dropship? Dropship merupakan satu konsep perniagaan perantaraan antara pembeli dengan pembekal. Kita sebagai penjual tidak perlu menyimpan stok tetapi kita hanya perlu promosikan barangan kepada pembeli sahaja dan bila ada pembelian, pembungkusan dan penghantaran akan dibuat oleh pembekal. Sebagai penjual, kita akan mendapat keuntungan hasil dari perbezaan harga jualan yag kita tetapkan dengan harga yang kita dapat daripada pembekal.
Untuk Lebih Mudah Faham, Ia Adalah seperti Berikut…
- Anda berhubung dengan pembekal (dropship). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
- Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
- Anda mendapat pelanggan yang nak beli produk tersebut dan menerima bayaran.
- Anda buat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
- Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)
Masih ramai lagi yang ingin memulakan perniagaan produk di internet tetapi tiada barang dan tidak tahu di mana untuk mendapatkan pembekal.4 Tips Penting Dropship
Jom kita lihat 4 tips yang telah dikongsikan bersama tentang bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.
1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.
2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.
3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.
4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.
Ini hanyalah sedikit tips untuk anda berjaya sebagai agen dropship. Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak tips, saya sarankan anda untuk mendapatkan panduan lubuk dropship daripada mereka yang telah mempunyai ilmu yang cukup luas dalam bidang dropship ini iaitu daripada Saudara Mohd Najib Assadok, klik gambar di atas untuk maklumat lanjut.
Saudara Najib menunjukkan 9 modul dalam Lubuk Rahsia Dropship yang mana ia merupakan panduan lengkap untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dropship lubuk rahsia.
Jika anda serius untuk menjana pendapatan sebagai agen dropship, dapatkan Lubuk Rahsia Dropship ini. Klik banner di bawah untuk mendapatkan Lubuk Rahsia Dropship ini.
0 comments:
Post a Comment