• Feed RSS

Pages

Buat duit nak kongsikan cerita yang diambil dari internet.

KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.

MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.


Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.

“Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.

“Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.

“Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.

“Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi,” katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.

“Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.

“Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan,” katanya.

Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala manakala ibu jari kakinya hampir hancur manakala abangnya turut dirawat di hospital sama akibat kecederaan di dagu. Bapanya, Farhan dan dua anggota polis pula hanya cedera ringan.

Sementara itu, Mohd Nazren berkata, dia yang ketika itu sudah lemah dibelasah teruk kumpulan terbabit tiba-tiba melihat dua daripada mereka mengambil sebatang besi dan menghentak kepalanya hingga pengsan.

“Apa yang dikesalkan, saya dapat melihat orang awam di sekitar medan selera itu turut membelasah kami, malah ada antara mereka yang memakai ‘apron’ dapur semata-mata untuk menyertai ‘pesta’ berkenaan. Mereka sepatutnya membantu kami, bukannya menyokong kumpulan samseng berkenaan.

“Saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan dengan kepala berlumuran darah dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku, saya sedih kerana abang turut dimasukkan ke wad hanya kerana ingin membantu saya,” katanya.

Sumber: MyMetro.com.my
Assalamualaikum dan salam sejahtera, buat duit atau cari duit benornye? Aku pun konpius jgk dengan org lening, ada ke ye gi 'search' buat duit kat Google? Padahal, setahu aku, bank negara je boleh buat duit, dok pun orang2 negro hok biasa kite dengor kat tv tu, hok buat duit palsu tu..kite mana bleh buat duit sendiri, lainla kalu buat duit palsu..tu pun kene ada bahang2 dia nak wat duit tu..sebenornye cari duit baru betul..ke gane? bagi aku 2 2 pun betul..haha

Okla..dohla hal tu..pk dirila nape hok perkataan paling betul (besor2 lake doh, ada akal seme kn,pkla diri)..

Cari duit ni ada 2 jenis cara, cara halal dan cara haram..cara halal ni banyak tapi ada jgk yg 'ambil' cara yang haram seperti merompak, mencuri, mengepau dan sebagainya. Kenapa mereka boleh pilih cara yang salah yer sedangkan banyak lagi cara yang betul.

Salah satu cara cari duit yang betul ialah bekerja dengan kerajaan, banyak kelebihan bila bekerja dengan kerajaan ni..yang paling2 saya tahu kelebihan dia ialah dapat wang pencen bila dh bersara nanti..yang lain2..tnyla org kerajaan sendiri..saya tak tahu sangat sbb saya masih student lagi..nanti2 la saya ambil tahu hal ni..hehe.

Zaman sekarang susah nak dapat kerja dengan kerajaan ni..nak2 kerja yang duduk kat pejabat tu..nak apply memangla senang tapi nak dapatkan jawatan tu yang susah..kenapa yer? Tawaran dah dapat, interview pun dah pergi tapi masih tak dapat jawatan tu..ape yang kurang lagi ek? nak kata muka tak hensem, tak mungkin..(muka ni lebih hensem dari orang yang tak hensem)..knp yer?(fikirkan sejenak)..kelayakan dah ada dan memang layak pun..(lebih dari layak lagi adala)..

...................................................................HAAAAAAA..........................................................

mungkin sebab tak pakai 'cable' kot..yelakan, sekarang, orang apply kerja kerajaan,mesti pakai kable..err...kable tu ape?..kable tu bermaksud orang yang berpengaruh di sesuatu kawasan, ataupun jabatan. Kalau kita ada sedara mara yang berpengaruh di jabatan yang kita ingin mohon kerja, ia satu kelebihan..kita boleh meminta tolong supaya kita diterima di situ..(yela, pak sedara aku kan general manager kat sini, mestilah dia tolong aku)..

HEI, APE HAL NI? KALAU SEMUA ORANG JENIS MACAM NI, MACAM MANA PULAK DENGAN ORANG YANG TIADA "CABLE" TU? KASIAN KAT DIA, SUSAHLA NAK DAPAT KERJA KALAU MACAM NI!!!

..kepada interviewver, silalah mengamalkan etika yang betul yer..pilihlah calon dengan cara yang betul..biarlah jawatan yang kosong tu diisi dengan calon yang betul-betul berkelayakan. Janganlah buat pejabat kerajaan tu seperti pejabat yang diisi dengan staf2 darah daging korang je..tu hak kerajaan tau.

Tu jelah sepatah dua kata dari saya, admin bloh caribuatduit.info ni..ada masa terluang lagi, saya akan kongsikan lagi yer..jangan lupa subscribe melalui email yer..terima kasih baca entri saya ni sampai habis..jumpa lagi....^_^